Sunday, September 8, 2019

Pengalaman Berjumpa Psikologis Klinikal



Dalam meniti bahtera sebagai pesakit mental, nak kongsikan pengalaman berjumpa 5 klinikal psikologis di tempat berlainan. 2 di kerajaan, 1 di swasta, 1 di separa swasta dan 1 lagi tu kaunselor sekolah yang juga psikologis klinikal.

Mula-mula masa psikiatris refer ke klinikal psikologis, aku tak pergi sebab masa tu aku rasa tak ada harapan dah. Duk jumpa psikiatris tiap2 minggu, makan ubat apa semua tapi still tak sembuh. Serius masa tu putus asa sangat. Tapi bila dah makin stabil, aku yang request untuk jumpa psikologis. Masa tu doktor plan untuk interpersonal therapy. Aku pun tak pasti kenapa doktor refer untuk tu. Tapi mungkin sebab aku tak cakap. Aku komunikasi dengan doktor pun aku tulis dekat fon. Heh. Teruk betul. Masa tu takut sangat nak cakap.

First psikologis yang aku jumpa ni yang membuatkan aku makin jatuh cinta pada field psikologi. Bayaran RM5 per sesi. Mungkin aku dah share sebelum ni, tapi nak share lagi yang aku rasa modul Cognitive behaviora therapy (CBT) tu sendiri yang sangat memahami aku. Cuba bayangkan apa perasaan kalau setiap persoalan dalam kepala kita ni ada jawapan dalam modul CBT tu. Selama ni ingat aku keseorangan dan tak ada yang memahami. Tapi alhamdulillah kajian2 lalu telah menghasilkan modul yang sangat cantik seperti Areefah. Antaranya, aku tak dapat nak buat banyak benda sebab terlalu overthink. Nak buat apa pun aku akan terfikir “macam mana kalau....”, dan dalam modul CBT tu ada ajar macam mana nak deal dengan “what if.....” thought. Seriusly masa tu ingatkan aku sekadar overthink, tapi rupanya overthink tu sangat real sampai ada dalam CBT kau. Lagi 1, pasal negative thought and serangan panik. Psikologis ajar macam mana nak distract time tengah kena serangan panik. Yang sampai sekarang aku ingat ialah deep breathe dan grounding technique. Boleh describe benda2 yang ada di sekeliling. Lagi 1, letakkan gelang getah dekat tangan. Kalau nak distract, boleh jentik getah tu dekat tangan. Tapi jangan buat dekat nadi. Yang best jugak, aku ni sebelum ni boleh kata positive people la. Blog aku pun tajuk ‘be positif’. Heh. https://www.nurareefah.my. Tapi aku keliru sangat kenapa masa depress teruk tu, tak boleh langsung nak positif. Semua negatif je. Penat dah blame diri sendiri. Rupanya memang normal bagi pesakit depresi untuk tak boleh positif. Kalau baca blog sendiri rasa macam kena perli je.

Second, aku pegi jumpa psikologis yang jugak kaunselor sekolah. Dia specialise dalam suicide cases. Masa tu banyak discuss pasal suicide la. Tapi tak rasa sangat sebab masa tu dah sembunyi kejap suicidal tu. Tapi memang real la perasaan tu. Aku pegi sekali je situ, lepas tu aku sambung master psikologi so aku tukar tempat rawatan.

Tempat ke 3 ni aku g swasta. Tapi 2 kali jela pegi swasta sebab tak berapa nak mampu. Time ni belajar macam mana nak deal dengan negative thought jugak. Dan diajar pasal progressive muscle relaxation (PMR). Walaupun mahal (rasanya RM250), tapi berbaloi la untuk pegi. Sapa ada duit banyak tu boleh la invest untuk kesihatan yang berkekalan. Terutama bagi yang taknak makan ubat. Terapi yang sistematik inshaAllah banyak membantu.

Next, aku pegi dekat psikologis half government. Masa ni aku di diagnose ada bipolar 1 disorder. Sini paling banyak kali aku pegi sesi sebab free 😬tapi sekarang dah kena bayar la. Masa tu banyak modul psychoeducation and deep breathe. Homeworknya kena tuliskan mood sebelum dan selepas buat deep breathing. Sehari kena sekurang-kurangnya 5 kali. Fuhh.

Yang last sekali ni dekat hospital kerajaan. Aku memang follow up dekat hospital tu. Dulu pegi cari psikologis tempat lain sebab situ takda klinikal psikologis. Sekarang dah ada. Baru ada je. Masa dirujuk tu masa aku dekat wad akhir tahun lepas. Masa tu discuss on suicide crisis action plan. Ke apa tah nama dia tu. Sedangkan dah banyak kali buat dengan psikiatris sebelum tu. Then masa masuk wad baru-baru ni pun discuss benda yang sama. Sekarang masih ongoing terapi dengan dia. For me dia sangat mahir melayan aku.

Banyak kali jugak discuss pasal suicide and suicidal. Sebab benda tu real. Cuba bayangkan sesorang yang sangat positif sebelum ni boleh terfikir untuk membunuh diri. Kasi can la perasan sikit tapi betul la wei. Suicide ni real tau. Perasaan bukan dibuat buat. Siapa yang ada penyakit mental terutama kemurungan mungkin akan ada perasaan untuk bunuh diri. Sebab tu salah satu simptom nya. Jangan kata orang yang ada perasaan nak bunuh diri tu sebab tak kuat iman. Aku lempang kang. Tapi serius tak serius benda ni, 800,000 orang mati dalam tempoh setahun disebabkan bunuh diri. Macam tak dengar tapi macam mana boleh ada data sebanyak tu? Sebenarnya banyak kes bunuh diri cuma tak dilaporkan media je. Kalau dilaporkan, kang ada la yang nak judge macam-macam. Takleh tanam dekat perkuburan orang Islam la apa la. Meh sangat tau.

Real tak real kes bunuh diri sekarang kan? Ok sebenarnya nak promote program ni. Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada Oktober setiap tahun, tahun ni tema suicide prevention. Beberapa organisasi yang cakna isu kesihatan mental akan anjurkan seminar 'memerangi stigma kesihatan mental". Ada slot macam mana nak jadi pendengar setia, apa yang nak dibuat jika ada orang terdekat murung or ada rasa untuk membunuh atau mencederakan diri, perkongsian pengalaman dari pesakit, hak2 pesakit mental di tempat kerja dan pandangan agama mengenai isu kesihatan mental. Siapa nak reminder, aku boleh terus share automatik ke google calendar korang. Letak emel je kat ruang komen.

Datang or rugi. Simple.

---

Daftar dan maklumat lanjut: http://bit.do/reg_hkms19

Anjuran
Malaysian Mental Care Association
Depression Survivors (Malaysia)
Medical Mythbusters Malaysia
MyConcern
Delegation of Nurses
The Patriots
Public Health Malaysia
Secretariat of Psychology IIUM - Psycsta
LAMAN MINDA
Unit Kaunseling UiTM Sungai Buloh


Tuesday, September 3, 2019

Mania kali pertama

Sebagai pengidap bipolar disorder, aku banyak cerita pasal fasa depression je. So kali ni nak cerita pengalaman aku masa rasa mood elevated. Mula-mula tak tahu pun semua tu adalah gelaja bipolar.

Pengalaman masa depression teruk, aku tak boleh jumpa orang. Sentiasa hidup dalam ketakutan. Kalau jumpa orang mula la menggigil, berpeluh, tak cukup nafas dan takut sangat. Aku hidup dalam dunia aku sendiri. Sebab aku tahu tiada siapa faham. Aku putuskan hubungan dengan dunia. Deactivate semua socmed dan tukar no phone. Aku buat facebook, twitter, instagram dan blog baru. Aku berdiri sebagai fake profile. Aku tak boleh jumpa terutama orang yang kenal. Rasa takut sangat. Contact pun tak boleh. So bila gunakan fake profile rasa lega sikit.


Ni yang aku tulis pada 22 May 2016. Ingatkan dah sihat rupanya tengah manic :')
---

harini aku rasa aku dah jadi manusia kembali beb.
harap sangat-sangat berterusan :DDDD
since malam tadi sebenarnya rasa lain semacam la.

rasa teruja nak buat macam2.

aku selalu duk rasa aku akan jadi manusia balik bila dah mampu nak kemas katil lepas bangun.
and harini aku berjaya beb.
walaupun tak tidur daripada semalam. heee~

tak rasa annoying sangat,
tak rasa nak marah2 sangat,
tak rasa nak negatif macam2 sangat dah.

yang negatif2 before ni tu bukan aku.
setan mana tahhhh yang hijack aku.

kan biasanya nak sangat sangat mati,
tapi kalini harap Allah panjangkan umur aku.
tazzabar nak sambut ramadan di UIA beb.
moga berkesempatan bertemu ramadan :D
inshaAllah.

malam tadi siap buat kek lagi.
gentle tak guna sukatan pun.
tak sesedap before ni la sebab main campak2 je.

risau jugak nak tidur takut kena hijack balik.
moga istiqamah.

aku rasa harini aku akan mandi dengan betul,
pegang iron selepas sekian lama tak pegang,
cari phone yang dicampak mana tah lepas tu kena cas dulu and menghadap orang-orang.

sebenarnya terfikir nak on terus no maxis,
reactivate semua2 tu.
tapi kena slow slow kot.
jangan gelojoh.

alhamdulillah ala kulli hal ^____^

Tuesday, August 20, 2019

Understand thru empathy



“Aku pun ada OCD tapi boleh je yakin time ambil wujud. Kau kena yakin!”

“Aku pun ada anxiety, tapi boleh je tak overthink. Kau kena banyak solat!”

“Aku pun ada depression. Aku selalu solat kusyuk and awal waktu. Baru boleh keluar dari depression”


“Aku pun ada cancer, tapi lepas minum air mujarab, boleh je sihat. Kau kena cuba!”

—-

Sama tak kesemua situasi di atas?

Secara generalnya sama sahaja. Sakit hati pesakit cancer yang dengar ‘nasihat’ bukan-bukan ni sama je dengan pesakit-pesakit depression, anxiety dan OCD ni rasa. Semua ni PENYAKIT. Kalau dah nama penyakit, perlu dirawat. Bukan boleh sembuh macam tu je. Seperti cancer yang perlu di diagnose oleh doktor pakar, penyakit-penyakit mental juga perlu di diagnose oleh pakar. Bukan main sebut-sebut sahaja.

Memang la berdoa, solat tu penting, tapi kita perlu faham yang rawatan jugak penting. Kena ikhtiar dengan kaedah yang valid dan reliable. Dapatkan bantuan jika mengalami gejala-gejala penyakit mental yang boleh mengganggu rutin harian, menjejaskan hubungan sosial. Hargai semua struggle orang lain. Perlu faham, bagi yang telah di diagnose pun, penyakit mental ni ada severity level yang berbeza. Dia yang penting, jangan compare diri kita dengan orang lain. Setiap dari kita adalah unik.

Understand thru empathy πŸ’–

Pic kredit: Befrienders KK


Saturday, July 27, 2019

Tempahan T-shirt 'Its OK Not To Be OK"





Anda prihatin?

Tunjukkan keprihatinan ada terhadap pejuang yang mempunyai masalah kesihatan mental.

Mungkin usaha nampak kecil, tetapi tentu bernilai bagi mereka yang sedang berjuang. Supaya pesakit tahu ada yang cakna tentang mereka, dan pesakit tidak keseorangan.


Harga
Lengan pendek: RM29
Lengan panjang: RM34
Labuh: RM39

Postage: RM9 setiap satu ke seluruh Malaysia
* Discount RM 5.00 untuk pembelian sebelum 15 Julai 2019
* Discount RM5.00 untuk ahli Me Care yang telah daftar.

Sila buat bayaran dengan jumlah yang tepat.

Tarikh tutup tempahan; 27 Julai 2019

Untuk membuat tempahan: https://forms.gle/jnsSsSCZ6iQy5S1V9
Maklumat lanjut: mecare.my@gmail.com




Cara Mendapatkan Rawatan Psikiatri/Psikologis



Soalan “bagaimana untuk mendapatkan rawatan psikologi” merupakan soalan yang tidak asing lagi. Sebagai pengenalan, setiap tiga orang dalam 10 orang dewasa menderita pelbagai isu kesihatan mental. Antaranya adalah stress, baran, burnout dan lain-lain. Masalah kesihatan mental dan penyakit mental merupakan dua perkara yang berbeza. Masalah penyakit mental pula sesuatu yang secara generalnya menyebabkan gangguan rutin harian dengan gejala-gejala tertentu sekurang-kurangnya dua minggu. Masalah kesihatan mental juga perlu diberi perhatian yang serius kerana jika tidak, mungkin akan melarat ke sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku, yang juga menjurus ke kecelaruan mental. Flow ni macam berserabut sikit sebab setiap pakar dalam rawatan kesihatan mental ni bekerjasama antara satu sama lain, dan saling merujuk antara satu sama lain.

Untuk mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaan, individu boleh ke klinik kesihatan berdekatan atau klinik swasta untuk mendapatkan surat rujukan. Surat rujukan hanya akan diberikan jika pesakit dalam keadaan yang memerlukan. Jika tidak, mungkin pesakit dinasihatkan untuk berjumpa kaunselor di tempat-tempat tertentu seperti JKM, LPPKN, Pejabat Agama atau yang berkaitan.

Merujuk kepada flow di atas, pesakit perlu mendapatkan rujukan daripada klinik kesihatan atau klinik swasta berdekatan. Selepas itu, jika individu tersebut sekadar mengalami masalah kesihatan mental, dia mungkin akan dirujuk ke kaunselor seperti tempat-tempat yang disebutkan di atas. Namun, jika pesakit mempunyai gejala-gejala kecelaruan mental, pesakit akan dirujuk ke psikiatris. Tidak semua yang dirujuk ke psikiatris mempunyai masalah kecelaruan mental. Ada yang mungkin sekadar hanya mempunyai masalah kesihatan mental, jadi akan dirujuk ke kaunselor.

Jika doktor psikiatri mendiagnose sesorang mengalami masalah kecelaruan mental, dia kembali akan dirujuk ke psikiatris atau psikologis untuk rawatan selanjutnya. Secara generalnya, pesakit yang berjumpa dengan psikiatris akan dirawat menggunakan ubatan, dan psikologis klinikal pula akan merawat menggunakan terapi. Masalah kesihatan mental seperti stress juga boleh berjumpa dengan psikologis klinikal untuk terapi.

Di KL/Selangor, banyak hospital yang mempunyai Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental
1. Hospital Kuala Lumpur
2. Hospital Selayang
3. Hospital Ampang
4. Hospital Kajang
5. Hospital Serdang
6. Hospital Shah Alam
7. Hospital Klang
8. Hospital Putrajaya
9. Hospital Sungai Buloh
10. HUKM
11. UMMC

Semoga setiap pesakit sama ada pesakit kecelaruan mental atau individu yang mengalami masalah kesihatan mental mendapat hak yang sepatutnya.

Post ini lebih tertumpu pada rawatan di hospital kerajaan supaya tiada lagi alasan untuk tidak mendapatkan rawatan kerana rawatan untuk berjumpa dengan pakar psikiatri hanya perlu membayar RM5.00 untuk konsultansi dan ubat. Kekangan lain mungkin la ada. Kalau berkemampuan, boleh pergi ke private, dan charge juga seperti berjumpa pakar-pakar lain. Dalam RM250-RM400.

*Kalau salah flow ni, bagitau untuk dibetulkan ye.


Sunday, July 14, 2019

Pengalaman bekerja semasa belajar





Alhamdulillah Allah mudahkan aku untuk cari kerja. Apply tak sampai seminggu, dah dapat call untuk start kerja esoknya. Tapi kena rajin sikit la. Aku start hantar dekat 20 resume ke tempat-tempat berkaitan. Setakat sekarang masih ada beberapa tempat yang call untuk offer kerja.

So far, syukur sangat sebab mudah dapat kerja. Dulu masa intership pun dapat keje awal. Tempat yang menjadi idaman pula tu. Sebelum habis degree lagi dah buat business bukak kedai printing baju. Sekarang masih buat business printing shirt. Siapa nak tempah boleh PM tepi. Enjoy sangat kerja situ sebab kerja sendiri. Depan rumah pulak tu. Pegi keje lepas Subuh, balik jam 2,3 pagi. Struggle kerja sendiri ni dia lain macam sikit. Tapi sebab passion, tak rasa ada masalah.


Rezeki ada di mana-mana. Kena rajin pergi bertanya dan jangan memilih sangat. Kerja dari bulan lepas, so far sangat enjoy. Rasa happy la jugak walaupun gaji tak tinggi mana. Suasana kerja pun enjoy walaupun banyak kerja. Baru la rasa produktif sikit.

Agak mencabar jadi pelajar fulltime buat research, kerja lagi, buat business lagi, kerja suku masa lagi, projek NGO lagi. Tapi dah tak dapat nak jadi freelance untuk program-program jemputan sebab sekarang aku macam tak boleh nak cakap sangat. Macam blurr nak cakap depan ramai orang. Aku sendiri tak faham apa aku cakap, apatah lagi audience.

Minggu depan ujian berkomputer untuk SPA pegawai psikologi S41. Harap sangat berjaya yang tu. Tapi taknak letak expectation tinggi sangat sebab rasa macam akan fail je ujian tu. Doakan aku berjaya wei.

Yang penting sekarang, jangan tanya aku kerja apa dan dimana 😬 best kerja situ sebab parking banyak.

Mungkin ada kelemahan lain dari kita, tetapi Allah beri rahmat untuk perkara lain pula. Alhamdulillah.

Friday, June 28, 2019

Perkara asas tentang kemurungan





Depression (kemurungan) tak kira apa jenis pun sama ada Major Depressive Disorder (MDD), Persistent Depressive Disorder (PDD), Postpartum Depression (PPD), Premenstrual Dysphoric Disorder (PMDD), Seasonal Affective Disorder (SAD), Bipolar disorder (BD) dan lain-lain merupakan jenis-jenis kecelaruan mental (mental disorder) bawah kategori depressive disorder.

Bila sebut penyakit ni, perlulah dirawat, dan boleh dirawat. Namun mungkin disebabkan namanya (kemurungan), orang selalu disama dengan kesedihan atau stress, orang tak rasa ia adalah sejenis penyakit. Stress/kesedihan adalah sesuatu yang normal bagi semua manusia selagimana tidak mengganggu rutin harian. Agak kurang normal pulak kalau manusia tak pernah stress/sedih. 


Stress/kesedihan tidak sama dengan kemurungan, namun boleh menjadi gejala bagi kemurungan. Walaupun kesedihan dan stress merupakan antara gejala kemurungan, harus diingat, individu yang stress/sedih tak semestinya ada kemurungan (depressive disorder). Ala, macam demam la. Selsema merupakan gejala bagi demam tapi ada selsema tak semestinya demam kalau suhu diparas yang normal.


Mungkin kalau perkataan depression tu ditukar jadi pelik-pelik sikit macam term perubatan lain, baru orang appreciate kot yang depression tu adalah sejenis penyakit. Contohnya demum ke.
Lagi satu isu, orang sering mengaitkan pengidap depression ni dengan lemah iman. Takkan kalau orang yang manic (bipolar disorder), nak panggil dia iman tinggi mencanak-canak? Adil lah dalam menilai sesuatu.

Thursday, June 27, 2019

Ubat psikiatri

Ubat kemurungan.
Disebabkan manusia melazimi dan menyamakan antara penyakit depression dan sedih/stress yang mereka alami, manusia normal tak nampak bagaimana mekanisme penyakit kemurungan, dan bagaimana ubat membantu dalam mengawal gejala kemurungan yang dihadapi.
Kemurungan merupakan sejenis penyakit, boleh dirawat dan perlu dirawat. Antara jenis rawatan adalah meliputi aspek bio-psiko-sosial-spiritual. Antaranya adalah terapi, ubatan atau keduanya sekali. 
Ramai orang normal yang mengatakan pesakit tidak perlukan ubat, disebabkan menyamakan perasaan sedih/stress mereka dengan pesakit kemurungan. Ya benar, berzikir, berdoa, mengaji, bersenam, makan cekelat, melancong, shopping atau melakukan hobi yang digemari mungkin boleh membantu sesiapa yang stress/sedih. Namun, bila dah nama penyakit, perlukan ubat, walaupun ada cara-cara lain untuk membantu, tetapi ubat antara cara yang pantas dan efektif. 
Ubat anti kemurungan biasanya dipanggil ‘ubat penenang’ oleh masyarakat kita. Tapi tak tahu dimana ‘tenangnya’ sebab kalau diberi peluang, siapa pun tak mahu makan ‘ubat penenang’ tu sebab dahlah tak tenang, malah kena hadap kesan sampingan ubat seperti tidak boleh tidur, terlebih selera makan, badan menggemuk dengan jayanya, lesu, letih, mual dan lain-lain. Jika ubat bukan merupakan antara cara yang efektif, doktor pun taknak bagi ubat, sebab ubat kemurugan atau penyakit mental lain bukan murah. 
Harap lepasni takde lagi yang nasihat pesakit untuk tak makan ubat (walaupun nampak macam mustahil). Dah la pesakit struggle dengan kesan sampingan ubat, ada pulak yang menghasut supaya tak makan. 
Masyarakat sering kaitkan pesakit psikiatri ada gangguan jin saka dan sebagainya. Gangguan yang sebenarnya adalah gangguan bisikan daripada individu yang suruh jangan makan ubat. Lepas ni takmo dengar dah orang kata jangan makan ubat. 
Dilampirkan harga ubatan yang ada kaitan dengan penyakit psikiatri dan mungkin digunakan untuk merawat lain-lain penyakit.
Sumber jenis ubat: Persatuan Kebajikan & Pendidikan Psikiatri (PKPP) HSL
kredit: https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/drug-price